Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, nama saya Acap dari Malaysia dan hari ini saya akan bagi review tentang Roland VAD506 V-Drums Acoustic Design. Apa yang saya review dalam blog ini datang dari pengalaman saya bekerja sebagai V-Drums Specialist dan juga pengguna Roland. Jadi teruskan baca kalau nak tahu dengan lebih lanjut.
Rupa Bentuk

Gambar menunjukkan bagaimana rupa VAD506. Selalunya orang akan terkejut bila tengok VAD506 sebab rupa macam drum akustik, tapi sebenarnya dia masih dikira sebagai drum elektronik. Mengikut apa yang saya dengar dari pihak Roland, ramai pengguna yang nak digital drum pad yang lebih besar. Jadi Roland akhirnya mengeluarkan produk VAD506 sebagai solusi kepada mereka yang nak rupa akustik drum tapi masih boleh digunakan untuk silent practice.
V-Drums Module TD-27

VAD506 menggunakan module yang sama dengan TD-27KV iaitu TD-27. Module TD-27 ini diletakkan di antara TD-50 dan TD-17. TD-27 adalah module yang sangat fleksibel, mempunyai 728 built-in tone dan juga pelbagai fungsi lain seperti Bluetooth, Sample Import dan lain-lain.
Apa yang saya suka dengan TD-27 ini adalah fungsi ambience yang baru iaitu Pure Acoustic Ambience dari Roland, di mana ada beberapa preset di dalamnya sama ada Warm, Bright, Dry dan sebagainya supaya kita boleh sesuaikan bunyi drum mengikut lagu yang kita main. Contoh bunyi boleh dengar di video bawah ini:
Pads, Spesifikasi dan Feel
Seperti yang anda nampak dalam gambar, pads yang digunakan dalam set ini mempunyai rupa bentuk macam akustik. TD-27 boleh berfungsi dengan pad Roland yang lain dan juga dengan pad digital seperti PD-140DS dan CY-18DR. Selain dari itu, mereka juga memperkenalkan beberapa pad yang baru iaitu:
- Tom 1: PDA100-MS* 10-inci
- Tom 2: PDA120-MS* 12-inci
- Tom 3: PDA140F-MS* 14-inci floor tom
- Crash 1: CY-14C-T* 14-inci
- Crash 2: CY-16R-T* 16-inci. Ada extra output dijadikan 3-zone cymbal
- Kick: KD200-MS* 20-inci

Cymbal pad yang baru ini 40% lebih nipis dari pada cymbal pad yang lain daripada Roland. Warna drum set ini dinamakan “Midnight Sparkle”. Hardware juga disekalikan dalam set ini dan nama produk itu adalah DCS-10, Drum Combination Stand, di mana ada tom holder dan boom stand, manakala DBS-10, Drum Boom Stand, iaitu boom stand sahaja. Hi-hat stand, drum pedal dan throne dijual berasingan.
Siapa yang akan menggunakan VAD506?
- Orang yang nak rupa drum akustik, tapi masih boleh silent practice
- Gereja yang tak suka drum yang bising dan masih boleh digunakan untuk persembahan secara langsung
- Home Studio: Boleh cari bunyi drum yang kita suka, ambience, EQ, USB recording, sound layering, EFX (Reverb, Distortion, Modulation), dan segala macam lagi
- Pemuzik yang serius
Konklusi
Walaupun harga untuk VAD506 memerlukan kita untuk menjual sepasang buah pinggang dah buah hati, namun jika kita mampu, belilah yang terbaik untuk minat kita sendiri. Kalau tidak mampu, cari yang paling mampu milik. Roland mempunyai banyak drum untuk semua peringkat.

























